Rencana 'Multiple Intelligence'
Howard
Gardner memberikan gambaran baru berkaitan dengan intelektual yang sedang
berkembang pesat digabungkan dengan kurikulum di sekolah. Teori Multiple
Intelligences (MI) merupakan teori yang diajukan oleh seorang ahli psikologi
perkembangan dari Havard,Howard Gardner, pada tahun 1983 . Dalam Theory
multiple intelligences, Gardner memperkembangkan konsep intelektual yang
merangkumi aspek kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal , kecerdasan
intrapersonal ,kecerdasan kinestatik dan lain-lain.
Gardner
mendefinisikan kecerdasan sebagai “ kemampuan untuk menyelesaikan masalah yang
memiliki nilai pada minimal satu budaya.” Menggunakan penyelidikan biologi dan
penyelidikan budaya, beliau merumuskan satu senarai tujuh kecerdasan. Ini
merupakan pandangan baru ke atas kecerdasan yang mempunyai pandangan yang
berbeza besar dari pandangan tradisional yang mengiktiraf hanya dua kecerdasan
iaitu lisan dan pengiraan .
Salah
satu daripada tujuh kecerdasan iaitu kepintaran linguistik yang berkaitan
dengan kata-kata,lisan atau tertulis. Orang-orang yang tergolong dalam
kepintaran linguistik ini umumnya dapat menulis dengan baik. Mereka juga
cenderung memiliki kosa kata yang luas serta dapat belajar bahasa dengan mudah.
Selain
itu,kepintaran logis - matematik berkaitan dengan angka dan logika. Mereka yang
cenderung memiliki kecerdasan ini umumnya unggul dalam matematika dan komputer.
Mereka juga dapat berfikir secara deduktif dan berfikir logis.Kecerdasan ini
sering dikaitkan dengan pemikiran saintifik dan matematik.
Visual
atau spatial ialah berkaitan dengan gambar dan ruang . Orang-orang pada
kelompok ini umumnya memiliki koordinasi penglihatan yang tinggi,dapat
mentafsirkan seni dengan baik. Orang-orang seperti ini biasanya merupakan
artis. Gardner menyatakan bahawa kecerdasan ruang juga terbentuk di kalangan
kanak-kanak yang buta.
Kinestatik-jasmani
berkaitan dengan koordinasi otot,gerakan dan melakukan sesuatu. Pada kategori
ini,umumnya orang yang mahir dalam olah raga dan tari,bekerja lebih baik ketika
bergerak. Sebagai tambahan,mereka belajar dengan lebih baik dengan melakukan
sesuatu dan berinteraksi secara fizikal. Penari dan atlet berada pada kategori
ini.
Bukan
itu saja,malah orang yang mempunyai kecerdasan musikal cenderung menyanyi dan
memiliki pola nada yang lebih baik,serta lebih menyukai musik. Ini merangkumi
keupayaan untuk mengiktiraf dan menggubah , nada, dan irama. (Fungsi Auditori
yang diperlukan untuk seseorang untuk membangunkan kecerdasan ini berhubung
dengan padang dan nada, tetapi ia tidak diperlukan untuk pengetahuan rentak.) .
Kecerdasan
interpersonal pula berkaitan dengan interaksi dengan orang lain. Orang yang
berada pada kategori ini biasanya mempunyai keupayaan untuk memahami dan
membezakan perasaan dan niat orang lain. Mereka juga mempunyai sifat
karismatik,menyakinkan dan diplomatik. Mereka cenderung belajar lebih baik
dalam kelompok,misalnya perbincangan.
Bagi
kecerdasan intrapersonal pula berkaitan dengan diri sendiri. Orang-orang yang
tergolong dalam kategori ini mempunyai kebolehan
memahami perasaan sendiri dan memberikan motivasi kepada seseorang. Mereka
sering terlibat dalam kerjaya keagamaaan dan psikologi dan suka menyendiri.
Kesimpulannya,sekolah telah berusaha untuk membantu
pelajar meningkatkan pencapaian dan keyakinan diri. Teori Multiple
Intelligences Gardner menyediakan asas teori bagi mengiktiraf kebolehan dan
bakat pelajar. Teori ini mengakui bahawa semua pelajar mungkin tidak secara
lisan atau mempunyai bakat matematik. Kanak-kanak mungkin mempunyai kepakaran
dalam bidang lain, seperti muzik, hubungan ruang, atau pengetahuan interpersonal.
Menilai pembelajaran dengan cara ini membolehkan pelbagai pelajar yang berjaya
menyertai dalam pembelajaran bilik darjah.