Tuesday, 31 July 2012


Sinopsis
Cerpen “ Hantu Raya Tanah Lembah” oleh Maharam Mamat  merupakan satu kisah yang menceritakan seorang perempuan yang bernama Inah tabah dan cekal dalam menghadapi dugaan dalam hidupnya. Dia telah kematian kedua-dua ibu bapanya dan hanya mempunyai ibu tiri iaitu ,Mak Nik dan abang tirinya iaitu Abang Seman. Cerita bermula dengan kisah lalu,iaitu Sedi yang dituduh mencuri rantai leher Mak Nik dan dipandang serong oleh masyarakat kampung terutamanya Abang Seman yang hendak menghalau Sedi daripada rumah. Bukan itu saja, malah Abang Seman juga sering bergaduh dengan Inah. Terdapat khabar angin di dalam kampung itu bahawa orang yang pergi ke tanah lembah tepi sungai di kampung itu tidak akan balik dan dipercayai ayah Inah mempunyai hantu raya yang berkeliaran di sana untuk mencari tuan baru setelah ayah Inah meninggal dunia. Tetapi , Inah percaya bahawa ayahnya tidak melakukan hal seperti itu. Pada satu hari,Inah bertelagah dengan Abang Seman dan Abang Seman keluar daripada rumah tersebut. Mak Nik tidak henti-henti menangis dan Sedi menawarkan diri untuk mencari Abang Seman di tanah lembah tersebut. Beberapa hari kemudian, Abang Seman ditangkap polis kerana telah mencolek,mencuri,menghancurkan hasil tanaman dan menanam ganja di tepi sungai tersebut. Akhirnya,cerita sebenar dapat dikesan.

No comments:

Post a Comment